Saya Dah Tahu!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..

Pada 2minggu yang lalu, saya telah diberi tugasan untuk membuat kulit buku.

Tema yang diberikan adalah bebas.

Selama ni,saya memang tak pernah tahu macam mana nak buat kulit buku ni..

Tapi, setelah diberi bantuan daripada tutor dan rakan-rakan saya, akhirnya saya DAH TAHU 🙂

Jadi pelbagai idea yang muncul dalam fikiran saya.

Pada mulanya saya nak buat tema NOVEL.

Tapi,setelah difikirkan masak-masak, saya akhirnya telah memilih tema BUKU ILMIAH..

dan, inilah hasilnya…

CANTIK TAK????

Happy Teachers Day ~16 May 2012

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia…

Sempena hari guru hari tu,saya telah menonton video yang mengingatkan saya semasa zaman persekolahan saya dulu.

Pelakon yang memainkan watak sebagai guru sejarah  dalam video ini telah  memberi saya inspirasi untuk saya menjadi seorang guru sepertinya~

Mari kita saksikan video ini….

Dont Give Up!

Jangan mudah menyerah kalah dalam apa jua yang kita lakukan.

Orang yang menyerah kalah adalah orang yang tidak menyedari bahawa kejayaan itu semakin hampir dengannya~

Jadi, teruskan berusaha berusaha dan berusaha.

My 3D Model of DNA Double Helix

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Malaysia…

Pada minggu yang lalu, tutor saya telah memberikan tugasan individu iaitu ‘Membuat Model 3D’

Setelah sehari memikirkan model yang sesuai untuk saya buat, akhirnya saya telah membuat keputusan untuk membuat model berkisar kimia- biologi.

Saya telah membuat model ‘Strukutur DNA Double Helix’ sebagai model 3D saya.

Saya membuat model DNA ini kerana bahan yang diperlukan dalam membetuk model ini mudah diperoleh dan menjimatkan kos.

Bahan-bahan yang saya gunakan adalah kertas berwarna, dawai, pelekat, double tape dan gabus.

Pada mulanya, saya hampir putus asa membuat model ini kerana amat sukar untuk ianya dibentuk.

Namun, berkat usaha dan bantuan rakan (sokongan moral) saya teruskan pembuatan model 3D saya ini..

PERCUBAAN KALI PERTAMA

Model 3D  saya yang pertama sebelum ia rosak..

PERCUBAAN KEDUA (TERAKHIR)
setelah berbagai usaha dilakukan..

Inilah hasilnya…..

 

Ilmu yang Ku Peroleh

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua…

Alhamdulillah,saya bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya masih bernyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sehingga saat ini, pelbagai pengalaman kehidupan yang telah saya peroleh termasuklah mempelajari sesuatu yang mungkin tidak dapat dipelajari oleh sesetengah pihak di luar sana iaitu ilmu mengenai Teknologi Dalam Pendidikan. Sejajar dengan cita-cita saya yang ingin menjadi seorang pendidik, saya perlulah mempunyai pengetahuan tentang penggunaan Teknologi dalam Pendidikan supaya dapat saya mengaplikasikannya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran kelak. Ia juga merupakan satu pengalaman yang sangat berharga di mana saya yang pada mulanya tidak tahu langsung menggunakan teknologi yang ada pada masa kini termasuklah menggunakan blog sebagai medium pembelajaran dengan Web, telah bertukar kepada individu yang tahu serba sedikit bagaimana menggunakan teknologi ini. Saya telah mula sedar akan kepentingan Teknologi Dalam Pendidikan untuk saya jadikan sebagai bahan pengajaran apabila bergelar seorang pendidik kelak. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu saya termasuklah tutor saya, En. Md Yusoff Bin Daud, rakan-rakan sekelas, ibu bapa saya serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak. Tanpa bantuan daripada mereka, saya dapat merasakan bahawa saya tidak akan sampai pada tahap ini di mana saya telah mampu mengurus sendiri blog saya ini. Saya berharap agar usaha saya ini mendapat sokongan daripada semua pihak termasuklah pembaca blog saya. Saya akhiri kata-kata saya ini dengan serangkap pantun:

Buah Cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

Kalau salah, tolong tunjukkan.